HOMIE ABOUT AFFIES
extra extra extra

“You're so convinced you'll disappoint people if you show them that you're not perfect. You don't realize you are perfect. Your imperfections are what make you perfect. They make you you. That's what people love. It's what I love too.”

my network


tagboard





its all about us


Previous post

DEBARAN AJL 26
Penyakit kencing TIKUS???
Kenapa Ramai Tak Suka K-POP!!!
Tips Belajar Cara "NAJ"
Kenapa KUALA LUMPUR???
Winner : Segmen Adore Your Arts Part I
Keasyikan Taj Mahal
Jenis-Jenis FABRIK...
Download : Minilyric
Oo mama, Aku mahu kAHWIN!!!

advertisment


Title: Hadiah "wanita seluruh dunia"...bukan sekadar VALENTINE ....
written on Friday, 27 January 2012 @ 14:08 ✈{ 6 comments }


Selamat pagi semua, sihat tak??? Pastikan anda sihat hari ini, lebih-lebih adik yang masih bersekolah. Tak lame lagi kan sekolah nak buka  Waaahhh, bestnye skolah  Ade tak yang tak suke skolah, jangan macam tu tau, tak baik untuk kesihatan (ade kene mengene ke???@#$%) Btw,sekolah bukan lah tajuk entry kali ni, NAJ nak bercerita tentang hadiah idaman para "wanita seluruh dunia" (bak lagu projek pistol) hihi...So jejaka-jejaka kat luar sana tu, take a notes ok 


Tumblr_lwxcy4paql1r91vi9o1_500_large


 Coklat
Betul atau tidak? cuba lah buat taktik ini. Tidak dapat dinafikan bahawa peminat coklat didominasi oleh kaum "hawa" tidak kira muda atau tua, semua menyukainya. Ramai wanita menyukai coklat kerana teksturnya yang comel / cantik / sweet (pendapat NAJ) ditambah pula dengan aromanya yang menggoda. Apabila wanita berada dalam mood yang tidak baik, akan bertambahlah selera kaum "hawa" ini dengan coklat. Kerana ada yang berpendapat bahawa coklat mampu mengurangkan tahap stress (LIKE ME) Terdapat beberapa jenis coklat yang amat digemari oleh "wanita seluruh dunia" antaranya ialah : Ferrero rocher / Cadbury / Kinder Bueno (KEGEMARAN NAJ) namun terdapat banyak lagi jenis coklat yang diminati. Namun jangan tidak percaya, terdapat juga golongan lelaki yang gemarkan coklat. Betulkan :)



Teddy Bear
Sekiranya anda ingin memberikan hadiah hari lahir kepada kekasih anda coklat,Selitkan lah teddy bear kecil yang comel. Sudah tentu ianya kelihatan sweet. Bukan budak-budak kecik jer tau yang suka teddy bear, wanita dewasa juga amat menyukainya (macam NAJ, besar punye). 



Bunga
Yess... bunga, Ramai wanita yang mengidamkan jejaka idaman mereka memberikan sejambak bunga, lebih-lebih lagi bunga ros. Bunga melambangkan kelembutan kepada seorang wanita yang cintakan bunga. Kenapa wanita suka bunga, kerana haruman daripada bunga tersebut memberikan kesegaran dan kedamaian. Sekali-sekala, apa salahnya memberikan bsejambak bunga kepada "buah hati pengarang jantung" :) Jika tidak mampu beli sejambak bunga, tiga kuntum bunga ros merah pun sudah cukup untuk melambangkan kecintaan kamu kepada kekasih hati.
Barang Kemas
Barang kemas juga merupakan salah satu idaman "wanita seluruh dunia"...iaitu barang kemas, tidak kiralah cincin,gelang,subang dan rantai. Semuanya idaman (saya.... %$#@!%$$#) Siapa tidak terharu tatkala si jejaka dengan tiba-tiba memberikannya sekotak barang kemas kepada si gadis?? (hanya yang tak ade perasaan jerr) Jangan berkira untuk mengeluarkan duit jika anda benar-benar ingin memiliki gadis tersebut sebagai "suri hati" anda...NAJ bukan nak sarankan selalu sekali je...peace... Aksesori wanita yang sering menjadi pujaan wanita sudah tentu :cincin dan rantai.


Kad ???
Tidak semestinya kad diberikan hanya semasa hari ulang tahun sahaja, ketika kekasih anda sedang berada dalam waktu puncak, anda juga boleh memberikan sekeping kad tanda memberikan sokongan kepadanya. Ingat, kita bersama dengan orang tersayang bukan hanya di kala senang, tapi juga ketika dalam kesusahan. Bagi yang memiliki daya kreatif yang tinggi, boleh juga mencipta kad hasil tangan sendiri, ini membuktikan kamu bersungguh-sungguh dengan "wanita yang kamu cintai". (mane ade lelaki sekarang yang sanggup buat kad,budak-budak ade lah,,, hihihih)

423982_2561596038655_1216689104_32041314_938029352_n_large

Novel
Janganlah merungut jika kekasihmu "hantu novel"... Tidak kira kecik atau dewasa, wanita memang gemarkan novel. Apa kata jika kamu membelikan kekasih kamu novel yang benar-benar dia inginkan. Sudah pasti dia akan menghargai pemberianmu. Tidak keterlaluan jika si dia sanggup membungkus novel tersebut agar tidak mudah rosak. Jangan berkata "menyampah lah novel-novel, nanti baca sikit-sikit nak nangis" don't ever you say this ok...

*** Btw, Ini hanyalah perkongsian pengalaman... "To love someone deeply,give you strength"



© 2012 Layout made by mintrose. Have a nice blogging day !