HOMIE ABOUT AFFIES
extra extra extra

“You're so convinced you'll disappoint people if you show them that you're not perfect. You don't realize you are perfect. Your imperfections are what make you perfect. They make you you. That's what people love. It's what I love too.”

my network


tagboard





its all about us


Previous post

Winner : Segmen Adore Your Arts Part I
Keasyikan Taj Mahal
Jenis-Jenis FABRIK...
Download : Minilyric
Oo mama, Aku mahu kAHWIN!!!
Freebies header part3
Freebies : Vintage background
Freebies :Floral Background (part2)
Freebies :Floral Background (part1)
Freebies : Polka Dots Background

advertisment


Title: Kenapa KUALA LUMPUR???
written on Tuesday 24 January 2012 @ 21:04 ✈{ 0 comments }


(Gambar hanya sekadar hiasan)

Kuala Lumpur.... berbangga kah kita akan Kuala Lumpur??? sudah tentu lah kan... siapa yang tidak tahu bahawa Kuala Lumpur merupakan Ibu Kota negara Malaysia yang tercinta..Namun begitu, kesesakan yang melanda Kuala Lumpur disebabkan oleh banyak faktor.


 EKONOMI
Faktor utama yang menarik penduduk luar bandar ataupun bandar datang berhijrah ke Kuala Lumpur sudah tentu disebabkan oleh kegiatan Ekonomi yang cukup mantap. Disebabkan Kuala Lumpur merupakan kota yang menjanjikan peluang pekerjaan yang cukup banyak tidak kiralah penduduk Malaysia mahupun pendatang asing. Pada masa yang sama, kepelbagaian jenis peringkat pekerjaan, gaji yang ditawarkan juga amat lumayan. Siapa yang tidak inginkan pekerjaan yang mendatangkan pendapatan lumayan??? Ini amat berbeza sekali dengan kawasan luar bandar seperti negeri-negeri di pantai timur yang hanya menawarkan kerja dalam sektor pertanian dan tidak mendatangkan pendapatan yang lumayan. Dengan bertambahnya peluang pekerjaan di Kuala Lumpur, keadaan ini akan meningkatkan lagi kadar migrasi.

 SOSIAL
Faktor yang tidak kurang pentingnya ialah faktor sosial. Kemudahan canggih yang terdapat di kota raya Kuala Lumpur seperti kemudahan pembandaran,pendidikan,perkhidmatan serta kemudahan pengangkutan. Kemudahan pengangkutan elektronik canggih seperti KTM /LRT / MONOREL merupakan salah satu sebab mendorong orang ramai berhijrah ke Kuala Lumpur. Sistem pengangkutan yang cekap ini menyebabkan kadar ketersampaian menjadi lebih cepat dan mudah. Sistem pengangkitan ini juga mampu mengelakkan mereka daripada tersepit daripada  kesesakan lalu lintas.

Pada masa yang sama,terdapat banyak pusat pengajian tinggi di Kuala Lumpur antaranya : 
-Universiti Malaya
-Universiti Islam Antarabangsa Malaysia
-Universiti Pertahanan Negara Malaysia

dan lain-lain.. Pilihan para pelajar yang ingin melanjutkan pelajarn ke Kuala Lumpur sudah tentu menjadi idaman mereka lebih-lebih lagi bagi yang belum pernah menjejakkan kaki ke KL. 

Selain itu, terdapat beberapa lagi penyebab yang menarik orang ramai ke Kuala Lumpur :
-Infrastruktur yang menarik
- Banyak pusat hiburan
-Banyak tempat rekreasi yang menarik serta mampu menarik pelancong asing datang ke Kuala Lumpur
-Pusat pentadbiran utama yang memudahkan urusan 



( gambar hanya sekadar hiasan)

*** Success is a journey,not a destination...



© 2012 Layout made by mintrose. Have a nice blogging day !