HOMIE
ABOUT
AFFIES
extra
extra
extra
“You're so convinced you'll disappoint people if you show them that you're not perfect. You don't realize you are perfect. Your imperfections are what make you perfect. They make you you. That's what people love. It's what I love too.”
my network
tagboard
its all about us
Previous post
Kenapa Ramai Tak Suka K-POP!!!
Tips Belajar Cara "NAJ"
Kenapa KUALA LUMPUR???
Winner : Segmen Adore Your Arts Part I
Keasyikan Taj Mahal
Jenis-Jenis FABRIK...
Download : Minilyric
Oo mama, Aku mahu kAHWIN!!!
Freebies header part3
Freebies : Vintage background
advertisment
|
Title: Penyakit kencing TIKUS???
written on Wednesday, 25 January 2012 @ 19:59 ✈{ 4 comments }
Apakah sebenarnya penyakit ini?? Bagaimanakah ianya boleh dijangkiti oleh manusia?? Adakah cara untuk kita merawatnya?? Siapakah sasaran penyakit pelik ini??? Fuhhhh.....letih nak jawab nanti..haha.. Entry malam ni berkisarkan satu penyakit ganjil yang tidak diambil kisah oleh kebanyakkan orang. Betul atau tidak? teruskan membaca entry ini!!!
Penyakit kencing tikus atau Leptospirosis (juga dikenali sebagai, penyakit sindrom Weil, demam canicola, demam ladang tebu, demam 7-hari). Penyakit ini merupakan penyakit berjangkit zoonosis yang berpunca daripada spirochaete dalam genus Leptospira yang menjejaskan manusia dan sejumlah besar haiwan, termasuk mamalia, burung, afimbia, dan reptilia. Penyakit ini pertama kali digambarkan oleh Adolf Weil pada tahun 1886 apabila dia melaporkan "penyakit jangkitan akut dengan bengkak spleen (“splenomegaly”), penyakit kuning dan nephritis". Leptospira pertama kali dilihat pada 1907 dari hirisan buah pinggang bedah siasat.
Pada 1908, Inada dan Ito pertama kali mengenal pasti ia sebagai organisma penyebab dan pada 1916 menyedari kehadirannya pada tikus.Sungguhpun diakui sebagai antara zoonosis paling biasa di dunia, leptospirosis merupakan jangkitan bakteria jarang berlaku pada manusia. Jangkitan biasanya dipindahkan kepada manusia apabila air yang dicemari dengan air kencing haiwan menyentuh bukaan pada kulit, mata, atau dengan selaput lendir. Di luar kawasan tropika, kes leptospirosis berlaku mengikut musim dan kebanyakannya berlaku sekitar bulan Ogos–September/Februari–Mac.
(gambar sekadar hiasan)
Punca yang menyebabkan penyakit ini ialah:
*Bakteria spirochaete yang dikenali sebagai Leptospira.Leptospirosis disebarkan melalui kencing haiwan yang dijangkiti dan berjangkit selagi ia masih lembab. Sungguhpun tikus, dan mondok merupakan hos utama, sejumlah besar mamalia lain termasuk anjing, rusa, arnab, landak, lembu, biri-biri, rakoon, possum, skunk, dan mamalia laut tertentu mampu membawa dan menyebarkan penyakit sebagai agen kedua.
Leptospirosis turut disebarkan melalui air mani haiwan dijangkiti. Manusia boleh dijangkiti melalui hubungan dengan air, makanan, atau tanah yang mengandungi kencing haiwan yang dijangkiti ini. Ini mungkin berlaku dengan menelan makanan atau air yang dicemari, atau melalui sentuhan luka pada kulit. Penyakit ini tidak diketahui berjangkit dari manusia ke manusia dan kes penyebaran bakteria pada mereka yang sedang sembuh amat jarang bagi manusia.
Jangkitan Leptospiral pada manusia menyebabkan sejumlah symptom, dan sesetengah mereka yang dijangkiti mungkin tidak menunjukkan sebarang symptom sama sekali. Leptospirosis merupakan penyakit dwifasa (“biphasic”) yang bermula dengan simptom seperti selsema (demam, sejuk, myalgia, sakit kepala yang kuat). Fasa pertama sembuh, dan pesakit tanpa symptom (“asymptomatic”) sehingga fasa kedua bermula. Ini berciri meningitis, kerosakan hati (menyebabkan demam kuning), dan kegagalan buah pinggang. Jangkitan ini sering kali salah diagnosis kerana symptom yang meluas. Ini mendorong kepada jumlah kes berdaftar yang jauh lebih rendah berbanding yang sebenarnya berlaku. Simptom leptospirosis termasuk demam tinggi, askit kepala yang teruk, sejuk, sakik otot, dan muntah-muntah, dan mungkin termasuk demam kuning, mata merah, sakit perut, cirit-birit, dan keradangan.
Komplikasi termasuk meningitis, kelesuan melampau, kehilangan pendengaran, masaalah pernafasan, azotemia, dan masaalah buah pinggang.
Doxycycline boleh digunakan bagi menghalang jangkitan bagi pengembara ke kawasan berisiko tinggi.
Rawatan Leptospirosis merupakan proses agak rumit terdiri daripada dua komponen utama: memendam agen penyebab dan melawan kemungkinan komplikasi. Dadah Aetiotropik adalah antibiotik, seperti cefotaxime, doxycycline, penicilin, ampicillin, dan amoxicillin (doxycycline juga boleh digunakan sebagai prophylaxis). Tidak terdapat vaksin untuk manusia. vaksin haiwan hanya terdapat bagi beberapa jenis strain, dan hanya berkesan bagi beberapa bulan. Dos ubat-ubatan bagi manusia adalah seperti berikut: doxycycline 100 mg oral setiap 12 jam selama 1 minggu atau penicilin 1–1.5 MU setiap 4 jam selama 1 minggu.
note: Masih ingatkah anda kepada Allahyarham Din Beramboi? beliau telah meninggal dunia disebabkan penyakit ini. Disini,ingin NAJ berpesan kepada semua adik-adik,kakak-kakak,abang-abang yang membaca entry ini, jagalah kesihatan anda walau di mana sahaja. Cuci tangan sebelum makan, cuci botol minuman sebelum minum dan sebagainya...
***Isi-isi penting dalam entry ini NAJ ambil daripda sumber yang boleh diguna pakai iaitu wikipedia. Tiada sebarang tokok tambah. Fakta tetap fakta, sekadar berkongsi. NAJ tau ramai yang tak bukak langsung wikipedia tu..

your profile
Mommy Name:Nurakmaniza Jamil
Baby Name :Nur Azliza Mardhiah
Born:23 June 1991
Hometown: Sabah
Ambition: Art Management Manager
Study at : UNIMAS(Art Management)
10 Things You Should Know About Me:
*Cintakan Pink
*Ingin Mendapatkan Master Art Management (INSYAALLAH)
*Ingin menjadi seorang Ibu yang Tabah
*Meminati lagu-lagu Bruno Mars
*Meminati Running Man
*Meminati lakonan Beto Khusyairi
*Cintakan sesuatu yang Cute
*Gemar membaca buku
*Cintakan matapelajaran Geografi
*Pantang dikritik jika org yg m'kritik tu sendiri tak PERFECT
*PRINSIP : DON'T TRY TO JUDGE IF YOUR NOT PERFECT ...!
|
you are my bestfriend forever and ever
EYKA ?Aizul ?
Irine ?
vel oliver ?
MYA ?
Myra ?
Arimsah ?
Tisha
Farah Lee ?
nameer ?
Amirah ?
Shawal ?
SENJA ?
drshikin
SUEAKGOGEOUS
|