HOMIE ABOUT AFFIES
extra extra extra

“You're so convinced you'll disappoint people if you show them that you're not perfect. You don't realize you are perfect. Your imperfections are what make you perfect. They make you you. That's what people love. It's what I love too.”

my network


tagboard





its all about us


Previous post

Tutorial :Follower Button Old Version
Semangat AJL26
Contest akan bermula
Sebagai Seorang Yang Fames
Hadiah "wanita seluruh dunia"...bukan sekadar VALE...
DEBARAN AJL 26
Penyakit kencing TIKUS???
Kenapa Ramai Tak Suka K-POP!!!
Tips Belajar Cara "NAJ"
Kenapa KUALA LUMPUR???

advertisment


Title: BACK to SEPTEMBER!!!
written on Monday 30 January 2012 @ 21:09 ✈{ 10 comments }


Tumblr_lf8rm8tq3w1qfxqlko1_500_large

Selamat malam semua, dah makan ke? sihat? ye la..malam tadi kan AJL26 ,mane la tau ade yang tak dapat terima hakikat "Awan Nano" menang. Pagi tadi tetiba plak demam...huhuhu...Cepat-cepat pegi klinik tau. Jom minum milo panas "coffee" sambil-sambil baca entry  

Buang masa, itulah yang selalu kita buat. Kan? NAJ macam nak balik semula ke SEPTEMBER 2011. NAJ dah buang masa di UNITEN,KSHAS,Pahang. Dan menyesal sebab tak terima tawaran yang cukup baik di UMS. Masa yang seperti emas tu dah terbazir. Sedih  Naj study Bac.Business Administration time kat UNITEN. But terus terang kat sini. i HATE BUSINESS  and KIRA2(math/acc/eko or wat so ever) ( betul ke ejaan tu???) and naj CINTAKAN SENI  & GEOGRAFI . Nak tahu kenapa, sebab dua subjek ni memberikan ketenangan yang cukup hebat kepada NAJ. 

Seni tu "indah sangat,molek,indah dan kepandaian membuat suatu yang indah-indah". Geografi pula memberi Naj kesedaran tentang pentingnya menjaga alam sekitar dan bumi yang kita berdiri sekarang. Tanpa seni, tiada lah AJL  tiadalah fesyen  tiadalah papan tanda kat lebuh raya tu,tiadalah logo,dan tiadalah taman tema yang digubah oleh pakar landskap mahupun arkitek  Tanpa geografi tiadalah yang sedar akan kepentingan menjaga alam sekitar, tercemarlah alam dengan kemerosotan kualiti udara,kualiti air terjejas, mudahlah berlaku tanah runtuh ditanah tinggi (Genting highland,Cameron Highland,Kundasang)

Tapi, minat tu terpulang dengan setiap individu. Jangan belajar kerana memilih subjek mengikut kehendak ibu bapa. Pilih kerana minat dan kebolehan diri anda. Dan jangan sesekali mengikut jejak rakan-rakan. Tips : "Belajar kerana minat dan kebolehan,insyaallah...anda akan gembira dengan apa yang anda sedang kerjakan " minta ibu bapa faham dengan minat dan kebolehan anda. 

Tapi kan u all, Naj dah happy sebab dah dapat tawaran study kat UNIMAS bulan Februari ni dalam bidang Arts Applied and Creatif (hons) Arts Management... I love it  so NAJ harap tahun 2012 ni mampu memberikan kejayaan terbaik buat Naj dalam bidang yang diidam-idamkan ini. Untuk adik-adik lepasan (SPM/STPM/STAM) kat luar tu yang dalam proses mengisi borang UPU, choose what is the best for you (BI pun dah hancussss) Akak Naj wish you all dapat result yang gempak  berikan hadiah ini untuk ibu bapa anda. 

Meh kongsikan cita-cita anda kat ruangan komen, semoga mampu mencetuskan lagi semangat anda dalam mencapai cita-cita..
 sebab sudi membaca entry luahan hati naj "BACK to SEPTEMBER!!!"





© 2012 Layout made by mintrose. Have a nice blogging day !