HOMIE
ABOUT
AFFIES
extra
extra
extra
“You're so convinced you'll disappoint people if you show them that you're not perfect. You don't realize you are perfect. Your imperfections are what make you perfect. They make you you. That's what people love. It's what I love too.”
my network
tagboard
its all about us
Previous post
**HOT**MEDSI**
**TIRAMISU**
MENU SERAT TINGGI
**makanan untuk lebih subur**
**cinta**
**menatap wajahmu**
**LULUHAWA**
how to change the header to our blog
*jangan pisahkan*
Bila terasa rindu
advertisment
|
Title: **TIDUR**
written on Saturday, 21 May 2011 @ 00:09 ✈{ 0 comments }
Tidur ialah keadaan rehat badan semula jadi yang dialami seluruh dunia fauna. Tidur diamalkan oleh semua mamalia dan burung, dan turut diperhati pada kebanyakan reptilia, amfibia dan ikan. Bagi manusia, mamalia-mamalia lain, dan kebanyakan besar haiwan-haiwan lain yang pernah dikaji — seperti ikan, burung, semut, dan bari-bari — tidur secara kerap adalah penting untuk kemandirian. Namun, tujuan tidur tidak jelas sepenuhnya, sebaliknya masih menjadi titik tengah kaji selidik yang berterusan..
-TAHAP-TAHAP TIDUR
Kriteria bagi tidur REM bukan sahaja merangkumi gerakan mata cepat, bahkan juga elektroensefalografi (EEG) voltan rendah yang pantas. Sekurang-kuranya bagi mamalia, tona otot rendah turut diperhatikan. Kebanyakan mimpi yang mudah diingat berlaku di tahap ini. NREM merupakan 75–80% daripada jumlah tempoh tidur bagi manusia dewasa normal. Dalam tidur NREM agak sedikit bermimpi. NREM meliputi empat tahap: tahap 1 dan 2 dianggap 'tidur-tidur ayam', sementara tahap 3 and 4 pula 'tidur lena' atau tidur gelombang perlahan (slow-wave sleep, SWS). Tahap-tahap ini dibezakan dengan hanya berasaskan EEG, berbeza dari tidur REM yang disifatkan melalui gerak mata cepat dan ketiadaan tona otot. Dalam tidur NREM selalu berlaku penggerakan anggota badan, maka boleh terjadi parasomnia seperti menjalu (berjalan sambil tidur). Adakalanya di mana-mana tahap pun boleh diperhati corak selang-seli berkitar.
NREM terdiri daripada empat tahap, menurut piawaian AASM 2007 AASM:
Di Tahap N1, otak beralih dari gelomabng alfa (biasa untuk orang yang terjaga, berfrekuensi 8 hingga 13 Hz) kepada gelombang teta (frekuensi 4 hingga 7 Hz). Kadang-kadang tahap ini bergelar somnolens atau "tidur mengantuk". Sentakan mengejut turut dikaitkan dengan permulaan tidur pada tahap N1. Sesetengah orang juga mengalami halusinasi hipnagogi pada tahap ini yang boleh menjadi agak menyusahkan. Di tahap N1, orang itu sedikit kehilangan tona otot dan kesedaran terhadap persekitaran luaran.
Tahap N2 disifatkan oleh "spindel tidur" (12 hingga 16 Hz) dan "K-kompleks." Di tahap ini, kegiatan otot yang disukat melalui elektromiografi (EMG) menurun dan kesedaran terhadap persekitaran luaran lenyap. Tahap ini mengisi 45 hingga 55% jumlah masa tidur.
Di Tahap N3, gelombang delta atau ritma delta (0.5 hingga 4 Hz) mengisi kurang 50% dari jumlah corak gelombang. Ini dianggap sebahagian daripada tidur nyenyak atau SWS dan nampaknya berfungsi terutamanya sebagai peralihan ke tahap N4. Inilah tahapnya apabila berlakunya ketakutan malam, kencing malam, jalu dan tidur bercakap.
Di Tahap N4, gelombang delta mengisi lebih 50% semua corak gelombang. Tahap N3 dan N4 adalah tahap-tahap tidur yang paling lena; N4 menyerupai N3 cuma lebih lena lagi, iaitu sifat-sifat tidur lena seperti gelombang delta makin ketara.[3]
Tidur REM dan NREM tahap 3 dan 4 dipacu secara homeostatik, iaitu jika seseorang atau mana-mana haiwan kehilangan mana-mana satu tahap ini, maka ia berbalik apabila tidur tanpa gangguan dicapai semula. Ini menandakan bahawa semua tahap ini adalah penting kepada fungsi proses tidur.
-JUMLAH TIDUR OPTIMA
Dewasa
Jumlah tidur optima bukanlah konsep yang bermakna melainkan pengaturan masa tidur itu dikaji berhubungan dengan ritma sirkadian seseorang. Satu episod tidur utama seseorang agak kurang cekap dan tidak mencukupi jika berlaku pada masa yang kurang sesuai. Pengaturan masa itu tepat apabila dua penanda sirkadian berikut berlaku sepelas pertengahan episod tidur itu sebelum bangun:[5]
konsentrasi hormon melatonin maksima, dan
suhu badan terasn minima.
Yayasan Tidur Kebangsaan di Amerika Syarikat mengesyorkan bahawa tidur selama lapan hingga sembilan jam bagi manusia dewasa adalah optima serta tidur yang mencukupi adalah bagus untuk kecergasan mental, daya ingatan dan penyelesaian masalah, serta kesihatan keseluruhan, dan juga mengurangkan risiko kemalangan.[6] Satu kajian yang dijalankan di Sekolah Perubatan Universiti Pennsylvania pada tahun 2003 menunjukkan bahawa prestasi kognitif menyusut jika tidur kurang daripada lapan jam.[7]
Bagaimanapun, satu kajian psikiatri terhadap sejuta orang dewasa oleh Universiti California, San Diego mendapati bahawa orang yang paling panjang umurnya melaporkan diri mereka tidur selama enam hingga tujuh jam setiap malam.[8] Satu lagi kajian mengenai tempoh tidur dan risiko kematian terhadap wanita turut memberi hasil sedemikian.[9] Kajian-kajian lain pula mendakwa bahawa "tidur melebihu 7 hingga 8 jam sehari sering dikaitkan dengan peningkatan risiko kematian", namun kajian ini membayangkan puncanya mungkin faktor-faktor lain seperti kemurungan dan darjat sosio-ekonomi yang turut berkorelasi dalam statistik.[10] Pernah difikirkan bahawa korelasi antara tidur lebih singkat dan pengurangan risiko kematian hanya berlaku dengan sesiapa yang bangun selepas kurang tidur secara semula jadi berbanding sesiapa yang memakai jam loceng.
[sunting]Tempoh tidur mengikut usia
Seorang kanak-kanak sedang tidur.
Kanak-kanak memerlukan lebih masa tidur sehari berbanding dewasa agar dapat mengembang dengan betul: selebihnya 18 jam bagi bayi baru lahir, dan masa tidur beransur berkurangan sambil kanak-kanak itu membesar.[6][11] Seorang bayi baru lahir menghabiskan hampir separuh masa tidur dalam keadaan REM. Apabila mencecah usia kira-kira lima tahun, cuma dua jam lebih dihabiskan dalam keadaan REM.[12]
Usia Jumlah tidur purata seharian
Baru lahir sebanyak 18 jam
1-12 bulan 14–18 jam
1-3 tahun 12-15 jam
3-5 tahun 11-13 jam
5-12 tahun 9-11 jam
Remaja 9-10 jam
Dewasa, termasuk golongan tua 7-8 (+) jam
Wanita hamil 8 (+) jam

your profile
Mommy Name:Nurakmaniza Jamil
Baby Name :Nur Azliza Mardhiah
Born:23 June 1991
Hometown: Sabah
Ambition: Art Management Manager
Study at : UNIMAS(Art Management)
10 Things You Should Know About Me:
*Cintakan Pink
*Ingin Mendapatkan Master Art Management (INSYAALLAH)
*Ingin menjadi seorang Ibu yang Tabah
*Meminati lagu-lagu Bruno Mars
*Meminati Running Man
*Meminati lakonan Beto Khusyairi
*Cintakan sesuatu yang Cute
*Gemar membaca buku
*Cintakan matapelajaran Geografi
*Pantang dikritik jika org yg m'kritik tu sendiri tak PERFECT
*PRINSIP : DON'T TRY TO JUDGE IF YOUR NOT PERFECT ...!
|
you are my bestfriend forever and ever
EYKA ?Aizul ?
Irine ?
vel oliver ?
MYA ?
Myra ?
Arimsah ?
Tisha
Farah Lee ?
nameer ?
Amirah ?
Shawal ?
SENJA ?
drshikin
SUEAKGOGEOUS
|