HOMIE ABOUT AFFIES
extra extra extra

“You're so convinced you'll disappoint people if you show them that you're not perfect. You don't realize you are perfect. Your imperfections are what make you perfect. They make you you. That's what people love. It's what I love too.”

my network


tagboard





its all about us


Previous post

MAJLIS AKHIR TAHUN PERTENA 2009/2010
JUARA MENTOR MUSIM-5
Efek Glow dan Lights Photoshop yang menawan
**LOVE is TOO HURT**
**I LAY MY LOVE ON U**
LOVE THIS SONG.... SOO SWEET...
**FELIXIA YEAP**
MASTER LIGHTING EFFECTS
**PETUA SERONOK BEKERJA**
BLUEBERRY CREAM CHEESE PIE

advertisment


Title: Graduan penuhi keperluan pasaran bantu tarik pelaburan - Najib
written on Wednesday 1 June 2011 @ 19:19 ✈{ 0 comments }

01/06/2011 6:49pm


PUTRAJAYA 1 Jun — Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, graduan yang memenuhi keperluan pasaran merupakan elemen penting dalam menentukan keupayaan negara menarik pelaburan langsung asing dan memacu pertumbuhan sumber domestik yang baru.

Perdana Menteri berkata, kerajaan melalui Kementerian Pengajian Tinggi sedang melaksanakan langkah jangka panjang bagi meningkatkan kualiti dan kebolehpasaran graduan.

"Antaranya dengan menjadikan kebolehpasaran graduan sebagai petunjuk prestasi utama (KPI) setiap Naib Canselor universiti awam, mengadakan kurikulum keusahawanan, menjalankan program kemahiran tertentu dan melaksanakan program bimbingan pelajar di syarikat awam dan swasta sebelum pelajar menjadi siswazah.

"Dialog berterusan antara universiti dan industri diadakan dalam usaha untuk meningkatkan lagi kualiti graduan. Pendekatan itu juga dijangka mengurangkan masalah tidak sepadan antara penawaran dan permintaan tenaga mahir,” katanya semasa melancarkan Skim Latihan 1 Malaysia (SL1M) di sini hari ini.

Najib berkata, kerajaan juga mengadakan program khas sebagai langkah jangka pendek bagi meningkatkan kebolehpasaran graduan, antaranya program latihan yang dijalankan oleh Kementerian Pengajian Tinggi, Bank Negara), Khazanah Nasional dan Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran bagi menyediakan peluang latihan kepada 12,000 graduan. - Bernama




© 2012 Layout made by mintrose. Have a nice blogging day !