HOMIE ABOUT AFFIES
extra extra extra

“You're so convinced you'll disappoint people if you show them that you're not perfect. You don't realize you are perfect. Your imperfections are what make you perfect. They make you you. That's what people love. It's what I love too.”

my network


tagboard





its all about us


Previous post

Contest "Jom Tambah Geng Blogger"
Cute Scrollbar
Tutorial Like Button
Thailand????
Go To The Hell!!!
Freebies Top Button Cup Cake
Freebies Animated Header
Mende yang cute....cute...
INFO HERO
Snek pengantin baru...

advertisment


Title: Kaki Gossip???
written on Wednesday, 18 January 2012 @ 20:38 ✈{ 2 comments }

Lelaki atau perempuan yang kaki gosip ni???
Sila berdebat di ruangan Comment OKeyyy ;)



Sudah tentu kepala anda pening bila memikirkan kekasih kaki gosip bukan..Sungguhpun kaki gosip sinonim dengan kaum hawa.. Jangan perasan wahai Adam, golongan anda juga sebenarnya kaki gosip tau.Terdapat pelbagai faktor :

 Mengurangkan STRESS
    Berborak dengan ramai orang membuatkan kaki gosip ini berasa selesa dan sudah tentu ingin mendapatkan perhatian. Cara ini amat berkesan untuk mengurangkan stress. Dengan cara meluahkan atau menceritakan tentang seseorang tanpa batasan. Ia secara tidak langsung akan memberi keseronokkan atau kepuasan tahap tertinggi kepada golongan gosip ini...

 Tambahkan KENALAN
    Ada juga sesetengah orang yang bergosip ini ingin menambah kenalan. Biasanya ramai yang suka mendengar cerita-cerita HOT!!! alaaaa, yang macam dalam melodi tu.. So,inilah car terbaik untuk kaki gosip menjalinkan hubungan dan membina jaringan antara mereka...

 Seronok bicara KEBURUKAN ORANG!!!
    Hakikatnya, kaki gosip memang teruja apabila mengetahui sesuatu RAHSIA terutama jika ia melibatkan kelemahan musuh atau keaiban musuh. Bagi kaki gosip, bercerita tentang kelemahan orang lain dapat menonjolkan kelebihan yang mereka miliki.

 Puas dapat MENJAJA CERITA
    Fuhhhhh!!!! haaa,macam rancangan Fuhhh pulak. memang susah nak tutup mulut Tempayan ni. Apabila penggosip mengetahui sesuatu cerita hot, pantas sahaja mereka MENJAJA cerita dalam kalangan ahli-ahli penggosip. Mereka beranggapan,lebih ramai yang tahu cerita panas,lebih sensasi dirasakan...


 TIDAK BAHAGIA
    Ramai yang enggan mengakui tapi hakikatnya orang yang suka bergosip ini tidak bahagia dengan kehidupan yang dilalui. Mereka juga sebenarnya tidak bersyukur dengan apa yang dimiliki. Lantaran ini mendorong mereka mencari kelemahan orang lain agar dengan harapan orang tersebut juga tidak bahagia.

 Tabiat SEMULA JADI
    Setiap orang ada kelemahan dan kelebihan masing-masing. Mungkin tabiat suka bergosip ini adalah sikap semula jadi seseorang individu. Ia akan menjadi tabiat kekal sekiranya mereka dikelilingi persekitaran yang negatif seperti ibu baap atau teman-teman yang suka bercakap akan hal orang lain.

 SUNYI
    Orang yang hidupnya sunyi sudah tentu suka bercakap dan bergosip untuk menghiburkan hatinya agar ceria. Aktiviti yang tidak berfaedah ini membuatkan hidup mereka sentiasa terisi dan kaki gosip biasanya mudah mendapat kawan yang mempunyai sikap yang sama.

 Banyak MASA TERLUANG
    Jika masa tidak diisi dengan aktiviti berfaedah, ia akan mendorong seseorang mendengar atau menyebarkan gosip. Ia seperti aktiviti masa lapang sedangkan banyak lagi perkara yang lebih menarik yang boleh dilakukan.


 IRI HATI / DENGKI
    Harus diakui,seseorang yang suka mengumpat atau bercerita tentang kelemahan orang lain mempunyai sikap iri hati ataupun dengki. Ini cara mereka menyerang secara peribadi agar dapat mengaibkan seseorang yang tidak disukainya...

So, ada atau tidak ciri-ciri diatas milik anda.. Bukan nak buat anda terasa, tapi sebaiknya kikislah sikap ini dari diri anda..Jangan disebabkan gosip,akan memusnahkan orang lain. okehh...



© 2012 Layout made by mintrose. Have a nice blogging day !