HOMIE ABOUT AFFIES
extra extra extra

“You're so convinced you'll disappoint people if you show them that you're not perfect. You don't realize you are perfect. Your imperfections are what make you perfect. They make you you. That's what people love. It's what I love too.”

my network


tagboard





its all about us


Previous post

Freebies Header
Tutorial : Background berbeza Setiap Entri
Apa nak makan untuk Lebih Subur ?10 Makanan Sebaga...
Pelihara kuku Panjang Cara Alami
WHAT SHOULD I DO...what should I BUY...;)
heart strings
2012 wif my first day yg BAD...
happy new year 2012
happpppppppppyy.....!!!!!!!
Tutorial:Like Fan page sebelum Enter

advertisment


Title: Kaedah termoden pembedahan katarak
written on Saturday 14 January 2012 @ 21:15 ✈{ 0 comments }

Kaedah termoden pembedahan katarak 


Mata ialah pancaindera yang perlu dijaga sebaik mungkin jika anda tidak mahu hidup dalam kegelapan dek kerana menghadapi kebutaan secara tiba-tiba. Pun begitu, mata boleh juga menghadapi kehilangan keupayaannya apabila diserang katarak.
Masalah katarak tidak seperti masalah rabun yang selalunya dihidapi oleh pelbagai peringkat usia. Rabun ialah kehilangan keupayaan melihat pada jarak dekat atau jauh. Warga MIDI selalunya lebih terdedah kepada masalah rabun dekat. Justeru mereka sukar melakukan perkara seperti membaca dan menjahit.


"Katarak ialah kekaburan pada kanta semula jadi dalam mata yang menghalang laluan cahaya ke dalam mata. Individu yang mengalami katarak menghadapi kesukaran melakukan rutin harian kerana penglihatan kabur walaupun selepas memakai dan menukar cermin mata," katanya ketika ditemui di majlis pelancaran Pembedahan Katarak Tanpa Pisau LenSx di Mutiara Damansara.

Menurut beliau lagi, selain mengalami masalah penglihatan berganda dan masalah silau kerana sinar lampu atau matahari, penglihatan malam mereka juga terjejas dengan silauan daripada cahaya lampu kenderaan dan lampu isyarat. Hal ini menjadikan pemanduan pada waktu malam sesuatu yang amat

mencabar.


Pembedahan katarak tanpa pisau
Bagi mengembalikan keupayaan mata disebabkan katarak, pembedahan amat disarankan. Namun, tentu ada individu yang resah gelisah apabila perlu menjalani pembedahan mata. Seram memikirkan peralatan tajam yang digunakan untuk membedah. Kini anda mempunyai pilihan sama ada hendak menggunakan cara lama ataupun cara pembedahan katarak tanpa pisau yang baru diperkenalkan oleh Vista Eye Specialist dengan kerjasama Alcon Laboratories (M) Sdn. Bhd.

Pembedahan katarak tanpa pisau ini menggunakan Sistem Laser LenSx Femtosecond yang dihasilkan oleh Alcon iaitu sebuah divisyen syarikat farmaseutikal Novartis.
Inovasi teknologi Laser LenSx ini membantu pakar bedah melakukan prosedur pembedahan katarak paling rumit yang sebelum ini hanya dilakukan secara manual.

Kaedah pembedahan moden
Teknologi pembedahan katarak tanpa pisau ini membolehkan pakar bedah menjalankan proses pembedahan dengan lebih teliti dan tepat berbanding pembedahan secara manual.
Mesin Laser LenSx berkomputer ini membolehkan pakar bedah membuat potongan 2.2mm ke atas kapsul lensa untuk memecahkannya tanpa menggunakan pisau bedah secara manual.

Serpihan lensa kemudiannya dikeluarkan melalui proses phacoemulsification iaitu ultrabunyi yang diubah suai dengan hujung phaco berayun. Kemudian masuk melalui belahan kecil untuk menghancurkan katarak yang keras dan pada masa sama mengekstrak serpihan tersebut.

Selepas katarak dikeluarkan sepenuhnya, pakar bedah membersihkan kapsul di belakang mata untuk mengurangkan keadaan gelap kapsul belakang pada

katarak yang kedua. Langkah terakhir pembedahan ini adalah dengan memasangkan intraocular.



© 2012 Layout made by mintrose. Have a nice blogging day !