HOMIE ABOUT AFFIES
extra extra extra

“You're so convinced you'll disappoint people if you show them that you're not perfect. You don't realize you are perfect. Your imperfections are what make you perfect. They make you you. That's what people love. It's what I love too.”

my network


tagboard





its all about us


Previous post

Freebies : Header simple
Contest BATAL????
Iphone 4s Paling MAHAL DI DUNIA...
Contest "wish us luck" by ecah & nifah
"Cantik" Syarat CINTA???
666
Tutorial Timbang Berat Blog
Patah Seribu - Telemovie
Today Birthday :) review (jan-march)
Tak pernah SETTLE...!

advertisment


Title: Para SAHABAT BLOGGER...
written on Sunday, 5 February 2012 @ 20:54 ✈{ 0 comments }


1423239-9-1328442581415_large

Setiap insan di dunia ini akan memiliki ramai kawan. Tidak kira di mana jua berada. Namun, terdapat beberapa perkara yang perlu dielakkan dan dilakukan semasa berkawan. Jom terjah tips ini...

Apa yang perlu anda lakukan dalam persahabatan???
Sentiasa memaafkan
Jangan berhenti meminta maaf kepada rakan-rakan anda jika berlaku salah faham walaupun sekecil kuman. Jangan lah bermusuh sesama umat. Hal ini kerana,hubungan persahabatan ibarat orang yang tengah hangat bercinta. Bayangkanlah, jika anda tinggal 1 rumah dengan rakan anda itu. Pasti anda berasa tidak kena jika tidak bertegur sapa. Buang yang keruh,ambil yang jernih. Sahabat lah yang akan bersama dengan kita tika berada jauh diperantauan untuk menuntut ilmu. Berfikirlah dengan bijak. Anda pasti menjadi sahabat sejati.

"Quote"
Berikanlah sms atau kad kepada sahabat anda dengan kata-kata yang menyentuh perasaan. Semoga persahabatan kamu berkekalan

302154_313747061986232_100000528230852_1236640_620116378_n_large
Ikuti perkembangan
Bagi yang menyanyangi sahabat, sudah tentu anda mengikuti setiao perkembangannya walaupun anda sudah terpisah (Berpindah / masuk ke universiti yang berlainan) Kita kini berada di dunia moden yang amat canggih. Pelbagai alatan dan medium di gunakan untuk merapatkan hubungan silaturrahim. Dengan sikap kamu yang memberi perhatian, sudah tentu si sahabat akan berasa terharu.

Susah senang sentiasa bersama
Bagi sahabat sejati, anda sudah tentu akan bersama-sama tatkala susah dan senang. Berdampinglah bersama sahabat anda di kala dia sedang mengalami saat-saat getir (sakit / sedih / kecewa ) sahabat yang baik tidak akan membiarkan sahabatnya susah. Jangan lah jadi seperti pepatah ini "kawan ketawa senang dicari, kawan menangis, susah di cari" jadikanlah diri anda sebagai kawan yang susah dan senang sentiasa bersama.

Hadiah hari jadi
Tiada yang lebih istimewa jika anda memberikan kejutan hari ulang tahun kepada sahabat anda.

Seronoknya bercuti
Apabila berada di musim cuti,ajaklah sahabat kamu itu bercuti bersama-sama. Tidak salah jika sesekali bercuti dengan sahabat. Jangan asyik dengan boyfriend :) sahabat pun perlu difikirkan. Dengan percutian yang menyeronokkan, segala pertelingkahan akan dapat dilupakan dan memulakan kehidupan baru.


(dengarkan lagu ini)


JANGAN!!!!!
Bekerja sebagai jurucakap MELODI!!!
Elakkan daripada menjaja cerita dengan orang lain. Jika kamu sedang mengalami masalah, jangan sesekali menceritakan hal tersebut dengan orang lain lebih-lebih lagi apabila masalah perempuan diceritakan dengan lelaki. TAK TAU MALU KE????  even nak meluahkan, agak-agak la juga. Jangan lah tujukan cerita tu kepada jantina lain. girl-girl / boy-boy... okehhh... Awas dengan kelakuan ini kerana akan ada penambahbaikkan jalan cerita.

Elak Dari Bercakap Kasar
Semarah mana pun kamu dengan si sahabat, jangan sesekali menggunakan bahasa kasar atau menengking. Masalah tidak dapat diselesaikan dengan cara berkasar. Walaupun sikap kasar lebih didominasi oleh kaum Adam. Tapi, terdapat juga kaum Hawa yang seperti ini. Tak SAYANG MULUT BETOLLL.... Bukankah perempuan ini lembut sifatnya.??? fikir-fikirkan. Kenapa nak tambahkan masalah??? 

JANGAN SOMBONG
Sungguhpun kamu mempunyai ramai teman diluar sana selain dia, jangan terlalu angkuh dan menunjukkan kepada si sahabat bahawa kamu tidak perlukan dia lagi. Hal ini akan menambahkan rasa bencinya kepada anda. Tak selamanya kita ada kawan. Bila kita senang orang akan bersama dengan kita, Tapi bila susah.,Semua lari. Fikirkanlah, kenapa mereka mahu berkawan dengan anda, ikhlaskah mereka??





© 2012 Layout made by mintrose. Have a nice blogging day !