HOMIE ABOUT AFFIES
extra extra extra

“You're so convinced you'll disappoint people if you show them that you're not perfect. You don't realize you are perfect. Your imperfections are what make you perfect. They make you you. That's what people love. It's what I love too.”

my network


tagboard





its all about us


Previous post

**HAPPY MOTHER'S DAY**
**TUTOR**
**cinta melody**
**Gunung Kinabalu Tercinta**
**simbol for teks**
**cute wallpaper for you**
**My Dream FULLHOUSE**
**BORING TIME**
**100 TIPS CANTIK DAN MENARIK**
"RUMAH IDAMAN SYURGA IMPIAN"

advertisment


Title: **tentang lagu ini**
written on Tuesday 10 May 2011 @ 13:59 ✈{ 0 comments }



Filem epik/aksi berjudul “Hikayat Merong Mahawangsa” terbitan KRU Studios kini tamat penggambaran pada 8hb Ogos 2009. Filem ini telah mengambil masa lebih dua bulan bagi sesi penggambaran (bermula pada 9hb Jun 2009).


Penggambaran telah dijalankan di beberapa buah negeri di Malaysia dan lebih 90% di Terengganu. Lokasi-lokasi lain termasuk Kuala Lumpur dan Kuantan, Pahang. Dengan dibintangi oleh barisan pelakon yang terdiri dari dalam dan luar negara, Hikayat Merong Mahawangsa menampilkan Stephen Rahman Hudges (Malaysia/UK), Jing Lu (UK), Gavin Stenhouse (UK), Hendrik Norman (Sweden), Dato Rahim Razali (Malaysia), Wan Hanafi Su (Malaysia), Ummi Nazeera (Malaysia), Khir Rahman (Malaysia), Craig Fong (Australia). Pelakon-pelakon tempatan yang lain termasuk Nell Ng, Keith Chong, Jehan Miskin, Deborah Henry, Ravi Sunderlingam, Kuswadinata, Mano Maniam dan Faiz Aizuddin Azmi (pemenang Drama Pendek ERA).

Hikayat Merong Mahawangsa adalah sebuah filem epik yang penuh aksi dengan watak-watak 
 mitos yang sarat penggunaan kesan khas visual (CGI) dan set, busana dan “props” kurun ke 2. Cerita ini mengisahkan seorang nakhoda dan pahlawan yang bernama Merong Mahawangsa yang dikatakan berasal dari keturunan Iskandar Zulkarnain.

Pada tahun 120, Empayar Rom ketika itu dibawah pemerintahan Hadrian sementara di negara China, Dinasti Han merupakan sebuah empayar yang kuat dan telah memperluaskan pemerintahannya ke negara Asia Tengah.

Sewaktu angkatan Rom sedang membaik pulih kapal mereka di Goa, mereka meminta pertolongan Merong Mahawangsa mengiringi Putera Rom ke Langkasuka (dikatakan terletak di utara Malaysia) untuk berkahwin dengan seorang Puteri China yang cantik dari Dinasti Han.

Bagaimanapun, puak lanun dari Geruda mempunyai perancangan yang berbeza. Mereka memutuskan untuk menculik Puteri China dan menjadikannya sebagai tebusan. Di hujung pengairan Selat Melaka, Merong Mahawangsa dan angkatannya diserang oleh Geruda.
Dapatkah Merong Mahawangsa menyelamatkan Puteri China dan menyatukan baginda dengan Putera Rom bagi sebuah perkahwinan yang menemukan dua tamadun besar dari negara Timur dan Barat?

Hikayat Merong Mahawangsa dibawah arahan Yusry Abdul Halim yang telah membawa pelbagai kelainan dan pencetus penggunaan teknologi CGI di Malaysia dalam setiap filem arahannya. Filem ini turut menggunakan barisan kumpulan seni mempertahankan diri yang berpengalaman dibawah bimbingan Chan Man Cheng. Beliau pernah terlibat didalam kapasiti yang sama bagi filem – filem blockbuster antarabangsa antaranya Hellboy 2, Rush Hour dan Police Story.

Filem ini menelan belanja RM8juta  yang sekaligus menobatkannya sebagai filem termahal dalam tempoh 5 tahun kebelakangan ini dan kedua termahal dalam sejarah industri perfileman tempatan selepas filem Puteri Gunung Ledang. Namun ini tidak bermakna ianya kurang dari segi kualiti berbanding dengan Puteri Gunung Ledang kerana KRU Studios percaya bahawa penjimatan kos dapat dibuat melalui penggunaan teknologi CGI. Dengan adanya CGI, penyediaan set tidak perlu menelan belanja yang sangat besar. Hanya prop dan set utama dibina seperti empat (4) buah kapal, perkampungan Melayu pada kurun ke-2, pelabuhan kapal, set gambaran Istana di Rom, China dan juga pelabuhan Goa di India. Walaubagaimanapun, kejayaan pemibikinan filem ini mungkin tidak dapat dilaksanakan tanpa kerjasama dan sokongan yang diberikan oleh MOSTI (Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi) melalui dana “e-content”.

Sementara filem ini menjalankan sesi penggambarannya, KRU Studios mengusahakan strategi pengedaran filem ini ke peringkat antarabangsa dengan menandatangani MOU dengan salah sebuah studio gergasi iaitu Universal Pictures International Entertainment Ltd. Syarikat ini telah diberikan “First Option” untuk mengedarkan filem Hikayat Merong Mahawangsa ini ke seluruh dunia apabila siap kelak. Hikayat Merong Mahawangsa dijangka siap sepenuhnya untuk tayangan umum pada September 2010.

KRU berterima kasih di atas segala sokongan yang diperoleh dari semua pihak termasuk sektor-sektor kerajaan, swasta, media dan yang paling utama kepada MOSTI dan Kerajaan Negeri Terengganu kerana banyak membantu dalam pembikinan filem ini. KRU juga berharap agar kerjasama ini dapat dipertingkatkan lagi di masa-masa akan datang untuk mencapai wawasan kerajaan dalam menjadikan Malaysia sebuah negara pengeluar utama di seluruh dunia bagi industri media dan hiburan.

**so sesape yang sesapu yang belum tengok,,sure tengok ok  **



© 2012 Layout made by mintrose. Have a nice blogging day !