HOMIE
ABOUT
AFFIES
extra
extra
extra
“You're so convinced you'll disappoint people if you show them that you're not perfect. You don't realize you are perfect. Your imperfections are what make you perfect. They make you you. That's what people love. It's what I love too.”
my network
tagboard
its all about us
Previous post
Impianku : DEKAN
Good Nite my Baby
Perlu ke Nak BBQ di Tahun Baru???
Azam Tahun Baru
Pencuri...ohhhh pencuri...
Jika Bayi Demam
Let past go away
Selamat pagi readers..wowwww....sudah terlalu l...
Like My Pic :)
Blog Sudah Membosankan
advertisment
|
Title: Ajar Bayi Membaca Sejak Awal
written on Wednesday 16 January 2013 @ 10:12 ✈{ 0 comments }
Sebagai ibu bapa, mesti anda inginkan anak anda boleh membaca dengan lancar. Apabila bayi membaca dengan tersekat-sekat semasa sudah berada di sekolah rendah pasti menimbulkan kebimbangan dalam diri. Oleh itu, pelbagai tips yang perlu ibu bapa lakukan anak-anak boleh membaca dengan lancar :
Ulang
Minda anak anda pada usia bayi ibarat komputer. Akan merakam setiap perkataan yang diulang.Oleh itu, bagi ibu bapa, sesuatu yang diulang secara konsisten pasti meninggalkan kesan pada bayi. Misalnya,jika anda mahu bayi belajar tentang warna, sebutkan warna tersebut dengan jelas. Cara terbaik, anda boleh membuat kad-kad dengan pelbagai jenis warna dan ajar anak anda secara konsisten.
Jangan guna bahasa Bayi
Yess..bila anda mendengar bayi berkata (mam mam, nenen, gooo gooo, n so on) memang comel. Tapi, ini akan melambatkan proses anak anda untuk bertutur dengan betul. Sepatutnya anda cuba terapkan dalam diri untuk berinteraksi dengan anak anda dengan bahasa orang dewasa. Tidakkah anda kagum melihat anak anda boleh bertutur dengan lancar pada usianya yang masih muda???
Ganjaran
Seperti anak anda yang sudah besar, bayi juga suka diberi ganjaran. Mereka suka memberi pujian, memeluk dan menciumnya. Cubalah anda berkata ‘adik pandai’ sambil menepuk tangan, apabila bayi anda berjaya memasukkan blok mainan dalam kotak kecil. Pasti bayi anda menunjukkan riak wajah gembira kepada anda. Apa yang pasti, bayi suka dibelai dan dimanja dengan ucapan sayang. Bayi sangat suka jika dirinya dipeluk dan diberi ciuman. Selain itu, anda juga boleh memberikan ganjaran dengan memberikan biskut kegemarannya jika dia melakukan apa yang anda suka.
Bacakan Buku
Anda pastinya sudah biasa dengan cara ini, tetapi inilah cara istimewa untuk mengajar anak anda mengenal buku dan melatihnya untuk suka membaca buku. B acalah kepadanya walaupun dia belum faham apa yang anda bacakan. Sambil bayi anda duduk di atas riba anda, pegang tangannya untuk dia merasai buku itu. Tetapi kadang kala, bayi anda mungkin akan mengiggit buku, biarkan dia melakukan begitu, namun pastikan buku itu jenis kain. Dalam pada itu, teruskan membacakan buku kepadanya supaya dia suka membaca buku. Bayi anda akan cuba meniru anda membaca buku dan mungkin akan membaca sendiri nanti.
Mula Awal
Ajarlah anak anda pada awal usianya. Perkenalkan perkara baru kepada anak anda. Jangan menunggu pada usia 3 atau 4 tahun baru hendak mula mengajarnya abjad, nombor dan objek-objek di sekelilingnya. Anda harus lakukan pengajaran sekarang! Bayangkan anak kecil anda boleh mengenal nombor, huruf atau warna pada awal usianya. Pasti anda gembira dengan kecemerlangannya.
Bersabar
Percayalah anak anda tidak akan pintar jika anda tidak menggunakan kaedah-kaedah yang dinyatakan seperti di atas secara konsisten. Namun anda kena bersabar untuk melakukannya kepada anak anda. Jangan putus asa, jika anda tidak mendapat melihat perubahan anak anda. Terus melakukan pengajaran sehingga anak anda pandai.
Penerokaan
Biarkan bayi anda melakukan penerokaan di sekelilingnya. Biarkan dia belajar memegang, merasa, menghidu bau, mendengar dan melihat. Misalnya untuk bau anda boleh sediakan bunga ros, buah epal untuk dia pegang dan puppet kecil untuk dia melihat. Namun pastikan ruang itu penerokaannya itu selamat untuk anak anda belajar dengan selesa dan gembira.
Belajar Dengan Gembira
Mengajar anak bukan sesuatu yang membosankan! Nyanyilah lagu dan aktiviti yang menyeronokkan untuk membantu anak anda belajar dengan gembira. Lakukan ia setiap hari. Pasti anak anda dapat melakukan dengan baik sekali.
Permudahkan
Jangan meletakkan harapan yang terlalu tinggi kepada anak anda supaya dapat mengikut arahan anda. Dia masih kecil. Jangan biarkan dia duduk sehingga 4 jam untuk belajar abjad. Lakukan aktiviti yang ringkas dan mudah dalam tempoh masa yang pendek antara 5 hingga 10 minit untuk mengelak anak anda mudah berasa bosan.
Teruskan!
Untuk memastikan anda berjaya, lakukan pengajaran setiap hari. Jangan putus asa. Lakukan ia sebagai rutin harian agar anak anda boleh belajar dengan cepat.
ok.. Sampai di sini dulu mommy niza dapat kongsikan.. wish yang dah ada baby, ajar bayi membaca sejak awal tau..Insyaallah, mereka mampu lakukan. Tips ini diambil dari laman web karangkraf.
(wif my baby boo :)

your profile
Mommy Name:Nurakmaniza Jamil
Baby Name :Nur Azliza Mardhiah
Born:23 June 1991
Hometown: Sabah
Ambition: Art Management Manager
Study at : UNIMAS(Art Management)
10 Things You Should Know About Me:
*Cintakan Pink
*Ingin Mendapatkan Master Art Management (INSYAALLAH)
*Ingin menjadi seorang Ibu yang Tabah
*Meminati lagu-lagu Bruno Mars
*Meminati Running Man
*Meminati lakonan Beto Khusyairi
*Cintakan sesuatu yang Cute
*Gemar membaca buku
*Cintakan matapelajaran Geografi
*Pantang dikritik jika org yg m'kritik tu sendiri tak PERFECT
*PRINSIP : DON'T TRY TO JUDGE IF YOUR NOT PERFECT ...!
|
you are my bestfriend forever and ever
EYKA ?Aizul ?
Irine ?
vel oliver ?
MYA ?
Myra ?
Arimsah ?
Tisha
Farah Lee ?
nameer ?
Amirah ?
Shawal ?
SENJA ?
drshikin
SUEAKGOGEOUS
|