HOMIE
ABOUT
AFFIES
extra
extra
extra
“You're so convinced you'll disappoint people if you show them that you're not perfect. You don't realize you are perfect. Your imperfections are what make you perfect. They make you you. That's what people love. It's what I love too.”
my network
tagboard
its all about us
Previous post
AIr mata Wanita
Mulut Manusia Umpama Belati
::Disaat aku Ditalkinkan::
::all about u-kiss..::
:;wish you were here..my beloved family::
::selama mana hatimu bersabar??::
::no Meaningless::
::oMBAK Rindu::
SEKADAR RENUNGAN
meh hari ni kita baca beberapa hadis, pendek kata...
advertisment
|
Title: manusia
written on Monday, 14 November 2011 @ 13:06 ✈{ 0 comments }
bila berkata tentang manusia...pelbagai jenis manusia di dunia ini...ada pelbagai ragam....
Manusia yang berjaya adalah mereka yang memenuhi ciri-ciri individu Islam yang sebenarnya menurut kehendak Al-Quran dan Al Sunnah dalam keseluruhan aspek kehidupan. Dengan kata lainnya ialah kejayaan seseorang manusia itu adalah di dalam kalimah Taiyibah iaitu manusia yang berjaya membawa keseluruhan agama di dalam kehidupannya dengan menurut dan mengamalkan Sunnah Nabi Muhammad SAW. Manusia yang beginilah yang dikatakan unggul dan berjaya di dunia dan di akhirat. Bagi mengujudkan manusia unggul ini, seseorang itu hendaklah memiliki ciri-ciri keunggulan iaitu keimanan yang kukuh dan sempurna serta amalan yang soleh yang mengikut sunnah Nabi Muhammad SAW baik dari segi amalan Khususiah mahupun Umumiah. Nabi Besar Muhammad SAW pernah bersabda bahawa sahabat-sahabatnya adalah seumpama bintang-bintang di langit, jikalau kita mengikuti salah satu daripadanya maka kita akan dapat petunjuk dan kejayaan. Kenapakah mereka ini begitu unggul sehinggakan Nabi Muhammad SAW mengatakan begitu? Apakah sifat-sifat yang dimiliki oleh mereka sehinggakan mereka mendapat keredaan Allah AWT? Persoalan tentang kejayaan mereka ini biasa didengar dan amat senang untuk dikatakan, namun amat payah untuk kita mencapai taraf seperti mereka itu. Maulana Muhammad Iliyas seorang alim besar pernah berkata bahawa penyebab sahabat mendapat kejayaan di dalam penghidupan mereka adalah disebabkan mereka memiliki beberapa sifat-sifat yang unggul. Sifat-sifat tersebut dimiliki oleh kesemua sahabat yang mana merangkumi 6 perkara berikut:
- Sifat hakikat Dua Kalimah Syahadah.
- Sifat hakikat Sembahyang dengan khusyu’ dan khudu’.
- Sifat hakikat Ilmu dan Zikir.
- Sifat hakikat Ikhlas Niat.
- Sifat hakikat Iqramul Muslimin.
- Sifat hakikat berjuang di Jalan Allah SWT.
Hakikat Dua Kalimah Syahadahb Kalimah inilah merupakan asas bagi agama ini yang mana ia adalah menyatakan keimanan seseorang kepada Allah SWT dan Rasullullah SAW. Kalimah ini terbahagi kepada dua kalimah iaitu penyaksian kita kepada Allah SWT yang juga disebut Kalimah Iman dan penyaksian kita terhadap Nabi Muhammad SAW yang merupakan Kalimah Amal. Kalimah Iman ini juga disebut Kalimah Taiyibah. Keimanan kepada Allah SWT adalah paksi kepada pembinaan Insan yang berjaya dan sempurna seterusnya kearah pembinaan masyarakat, negara dan ummah yang utuh dan mantap. Dengan keimanan yang betul dan sempurna akan lahirlah individu yang unggul dan masyarakat yang berbudi luhur, berdisiplin dan beramanah. Di dalam surah Al-Asr, Allah SWT menjelaskan bahawa manusia yang beruntung adalah mereka yang beriman dan yang beramal soleh. Beriman kepada Allah SWT adalah proses peralihan jiwa manusia daripada menganggap dirinya bebas daripada sebarang kuasa dan ikatan serta tanggungjawab kepada ketundukan mengaku tanpa syarat bahawa tiada tuhan melainkan Allah SWT. Perlaksanaan Amal Ibadat Keimanan tanpa ketaatan melalui amal ibadat adalah sia-sia. Seseorang yang berperibadi unggul akan tergambar jelas keimanannya melalui amal perbuatan dalam kehidupan sehariannya. Bahkan jika dikaji tujuan Allah menjadikan manusia itu sendiri ialah untuk beribadat kepadanya. Ini sesuai sebagaimana firman Allah SWT di dalam surah Az-Zariat, ayat 56 yang bermaksud “Tidak aku jadikan jin dan manusia itu melainkan untuk beribadat”. Ibadat adalah bukti ketundukan seseorang hamba setelah mengaku beriman kepada Allah SWT. Ibadat yang didefinisi di sini termasuklah Ibadat Khususiah yang menyentuh fardhu 'ain dan juga fardhu kifayah yang merangkumi hubungan manusia dengan manusia dan juga Ibadat Umumiah yang merngkumi setiap perilaku seseorang manusia sama ada kerjanya, makan tidurnya dan lain-lain lagi. Justeru itu, bagi individu yang berperibadi unggul, seluruh hidupnya baik hubungannya dengan Pencipta ataupun masyarakat adalah dianggap ibadat. Namun pengukuran ibadat tersebut menjadi amal soleh adalah bergantung kepada kepatuhan mengikut sunnah Nabi Muhammad SAW dan taraf keikhlasan pelakunya (Bab keikhlasan ini akan dihuraikan di dalam perenggan seterusnya). Sesuatu amalan itu hendaklah mengikuti amalan Sunnah Nabi SAW agar ianya dikira sebagai satu ibadat. Beberapa contoh amalan kita yang biasa ataupun pada anggapan kita kecil akan mendapat pahala sekiranya perbuatan itu dibuat mengikut Sunnah adalah seperti amalan tidur, makan-minum, keluar masuk tandas dan lain-lain lagi, apatah lagi jika amalan tersebut adalah amalan yang fardhu, namun tetapi jika amalan itu dibuat berdasarkan cara dan kesukaan kita, ianya tidaklah akan dikira oleh Allah sebagai suatu ibadat. Para sahabat r’hum amat memberati perkara sebegini sehinggakan diceritakan seorang sahabat yang melalui satu jalan tiba-tiba sahaja membongkok apabila tiba di satu tempat. Apabila ditanya oleh sahabat yang lain kenapa ia berbuat begitu, Iapun menjawab bahawa pada suatu masa beliau telah melewati jalan tersebut bersama Rasulullah dan ketika itu Baginda Nabi telah tunduk di sini kerana ada pokok yang merentangi jalan tersebut, itulah sebabnya aku telah tunduk sekarang, jawab sahabat tersebut. Pada hakikatnya pokok itu telah tiada dan sahabat itu masih lagi tunduk apabila berjalan di situ sebagai tanda suatu ketaatan yang tidak berbelah bagi terhadap amalan sunnah Nabi SAW. Cerita-cerita seperti ini adalah menggambarkan kepada kita bahawa para Sahabat R’hum amat memberati akan amalan sunnah ini. Jika kita ditanya secara akalnya kita akan mengatakan bahawa mereka ini terlalu fanatik, tidak berfikiran dan sebagainya namun bagi mereka sebenarnya di dalam pengamalan tersebut terletaknya kejayaan yang amat gilang gemilang dan oleh sebab itulah Allah SWT telah memberikan ganjaran 100 pahala mati shahid kepada mereka yang mengamalkan satu sunnah secara Istiqamah. Hakikat Sembahyang Dengan Khusyu’ Dan Khudu’ Sembahyang dengan khusyu’ dan khudu’ bermaksud sembahyang yang mempunyai hakikat sembahyang, di mana ketaatan di dalam sembahyang dapat diamalkan semasa di luar waktu sembahyang. Sembahyang sebeginilah yang dapat menarik bantuan dan khazanah Allah SWT secara tunai. Semua kita sedia maklum bahawa perintah untuk menunaikan sembahyang adalah diberi oleh Allah SWT secara terus tanpa melalui perantaraan Malaikat Jibrail a.s. Ini menunjukkan bahawa amalan sembahyang ini adalah sesuatu hadiah yang teramat istimewa untuk kita Umat Nabi Muhammad SAW. Sembahyang adalah senjata seseorang mukmin di samping doa di mana diberitakhabarkan dari kisah para sahabat bahawa mereka boleh menghidupkan kaldai yang mati, memusingkan pengisar gandum, dapat melintasi lautan dengan menaiki kuda tanpa menggunakan kapal dan berbagai-bagai kisah yang bagi kita adalah terlalu ajaib dan sukar diperolehi di zaman sekarang, namun semuanya itu telah berjaya dilakukan oleh para sahabat melalui sembahyang dan doa mereka. Persoalannya bagaimanakah kita juga boleh mendapatkan bantuan dari Allah seperti mereka melalui sembahyang kita? Oleh yang demikian para ulama telah memberikan garis panduan bahawa kita kenalah melakukan perkara-perkara berikut:
- Bersembahyang di mana tempat azan dilaungkan iaitu di masjid-masjid mahupun di surau-surau secara berjemaah. Ini adalah untuk sembahyang fardhu, manakala untuk sembahyang sunat kita digalakkan memperbanyakkannya di rumah-rumah kita. Perkara ini sesuai sepertimana Maksud hadis Nabi SAW iaitu "Perbanyakkan sembahyang kamu di rumah-rumahmu kecuali fardhu" (Riwayat At- Tarmidzi). Di samping itu juga kita amat digalakkan untuk menghidupkan malam dengan amalan sembahyang sunat seperti Tahajud, Taubat dan sebagainya, berzikir dan lain-lain lagi.
- Mengadakan amalan mengajak kaum musliminyang lain agar mereka juga dapat bersembahyang berjemaah bersama-sama kita, kerana menurut hadis nabi SAW yang bermaksud “Sembahyang berjemaah itu mengatasi sembahyang seorang diri dengan 27 darjat/kelebihan”. (Riwayat Bukhari dan Muslim).
- Senantiasa berdoa agar dikurniakan oleh Allah SWT hakikat sembahyang dengan khusyuk dan khuduk.
Hakikat Ilmu Dan Zikir
Maksud ilmu adalah mengetahui. Mengetahui dalam konteks manusia unggul adalah mengetahui semua perintah dan larangan Allah SWT di dalam setiap keadaan dan masa mengikut keutamaan dan ianya hendaklah mengikut amalan sunnah. Sebagai contoh; Bekerja untuk mencari rezeki adalah perintah Allah SWT, pada ketika bekerja itu laungan azan telahpun dilaungkan maka perintah Alllah pada ketika itu adalah pergi bersembahyang berjemaah. Diceritakan sebuah kisah ketinggian ilmu seorang sahabat tentang ketaatan mereka terhadap sembahyang berjemaah bahawa ada seorang sahabat yang sedang membina sebuah rumah, sewaktu beliau sedang membina rumah tersebut seruan azan telah berkumandang dilaungkan oleh muazzin, beliau terus meninggalkan kerjanya dan terus menuju ke masjid, di mana azan tersebut telah dilaungkan. Dikisahkan bahawa bangunan tersebut hanya memerlukan satu bata sahaja untuk disiapkan, namun demi kerana ilmu yang dipegangi oleh beliau, maka beliaupun terus menuju kepada panggilan Ilahi tanpa menyiapkan bangunan tersebut walupun hanya satu batu-bata sahaja lagi yang tinggal. Sebenarnya kisah sebegini amat banyak berlaku di kalangan para sahabat r’hum, mereka tidak mahu membuat satu perkara pun dengan melanggari perintah Allah SWT.
Hakikat Ikram Ul Muslimin
Sifat Ikramul Muslimin ini bermaksud menunaikan hak saudara kita seagama tanpa kita menuntut hak kita untuk ditunaikan oleh mereka. Jadi bermaksud, kita seharusnya sentiasa mengutamakan saudara kita seagama yang lain sebelum mengambil kira keperluan diri sendiri. Perkara ini jika terjadi maka, semua kita umat Islam akan menjadi bersatu-padu dan kuat dan kita akan menjadi umat yang unggul, kerana tidak ada lagi sifat mementingkan diri sendiri, sombong, iri hati dan sebagainya. Sebagai contoh sahabatsahabat Nabi SAW hanya mengutamakan, menunaikan hajat, mengkehadapankan keperluan saudara mereka seagama dengan membelakangkan keperluan diri mereka sendiri. Di ceritakan sebuah kisah seorang sahabat yang tercedera di dalam sebuah peperangan di mana beliau sedang berada di dalam keadaan nazak dan amat dahaga. Seorang sahabat yang tidak tercedera datang membantu dan ingin memberikan beliau air, apabila ia sampai dan ingin menghulurkan minuman tersebut, tiba-tiba terdengar seorang sahabat lagi mengerang dn memerlukan air, maka sahabat yang tercedera tadi terus mengisyaratkan agar si pembawa air tadi pergi memberikan air tersebut kepada orang yang mengerang tadi, lalu sipembawa air tadi menuju kepada orang itu dan apabila sampai kepadanya tiba tiba terdengar pula suara seorang lain yang meminta air dan mengerang kesakitan. Orang yang kedua ini terus mengisyaratkan agar air itu diberi kepada orang yang ketiga tadi. Sipembawa air itu terus menuju pula kepada orang yang ketiga itu tadi dan apabila sampai dan ia mahu memberikan air, ia lihat orang itu telahpun menghembuskan nafasnya yang terakhir, Sipembawa air itu tadi bergegas kepada orang yang kedua, dan apabila ia sampaikepada orang yang kedua itu ia lihat ia pun telah menghembuskan nafasnya terakhir dan terus sipembawa air itu menuju kepada orang yang pertama dengan niat untuk memberikannya air dan ia lihat orang yang pertama itupun telah syahid di jalan Allah SWT. Inilah kisah sebagai tauladan kepada kita bagaimana sifat Ikramulmuslimin di kalangan para sahabat. Kisah sebegini adalah sesuatu yang amat unik di mana ianya adalah sesuatu perkara yang amat payah untuk kita amalkan di zaman metropolitan ini di mana manusia berlumba lumba untuk memenuhi impian, harapan, hajat diri sendiri, tanpa memikirkan saudara mereka yang lain dan kedapatan juga sifat yang lagi buruk di mana mereka sanggup pula mengambil hak dan keperluan saudara yang lain untuk memenuhi keperluan peribadi. Pertentangan inilah yang menyebabkan masyarakat Islam jauh ketinggalan dari segi perpaduan sesama Islam walaupun Nabi pernah bersabda bahawa "Tidak sempurna Iman kamu sehingga kamu mengasihi saudaramu seperti kamu mengasihi dirimu sendiri" (Riwayat Bukhari dan Muslim).
Akhlak Mulia
Akhlak mulia bagi peribadi unggul adalah hasil keimanan yang kental. Ini disebabkan tali ikatan yang menjalinkan hubungan antara individu dengan masyarakat terbentuk melalui nilai-nilai dan disiplin yang diamalkan oleh anggota masyarakat tersebut. Sekiranya nilai yang diamalkan itu positif, maka akan lahirlah sebuah masyarakat yang aman, damai, harmoni dan diselubungi roh Islam. Rasulullah adalah contoh utama pembentukan akhlak. Dalam sebuah hadis, baginda SAW bersabda:
“Sesungguhnya aku diutuskan untuk menyempurnakan akhlak yang mulia”. (Riwayat Ahmad).
Beberapa nilai yang baik dalam akhlak Islam yang menjadi tonggak amalan bagi individu unggul
ialah:
- Amanah. Amanah adalah sifat mulia yang mesti diamalkan oleh setiap orang. Ia adalah asas ketahanan umat, kestabilan negara, kekuatan, kehormatan, dan roh kepada keadilan. Firman Allah SWT:
“Maka tunaikanlah oleh orang yang diamanahkan itu akan amanahnya dan bertaqwalah kepada Allah, Tuhannya.” (Surah Al Baqarah: 283).
- Tekun. Islam menggalakkan umatnya supaya tekun apabila melakukan sesuatu pekerjaansehingga selesai dan berjaya. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:
“Sesungguhnya Allah SWT menyukai apabila seseorang kamu bekerja dia melakukan dengan tekun” (Riwayat Abu Daud).
Sifat tekun akan meningkatkan produktiviti ummah, melahirkan suasana kerja yang aman dan memberi kesan yang baik kepada masyarakat.
- Berdisiplin. Berdisiplin dalam menjalankan sesuatu kerja akan dapat menghasilkan mutu kerja yang cemerlang. Hasrat negara untuk maju dan cemerlang akan dapat dicapai dengan lebih pantas lagi. Dengan berdisiplin seseorang itu akan dapat menguatkan pegangannya terhadap ajaran agama dan menghasilkan mutu kerja yang cemerlang.
- Bersyukur. Bersyukur dalam konteks peribadi unggul berlaku dalam dua keadaan; pertama sebagai tanda kerendahan hati terhadap segala nikmat yang diberikan oleh Pencipta sama ada sedikit atau banyak; dan kedua bersyukur sesama makhluk sebagai ketetapan daripada Allah SWT supaya kebajikan sentiasa dibalas dengan kebajikan. Allah SWT berfirman yang maksudnya:
“Demi sesungguhnya jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahkan Nikmat-Ku kepada kamu dan sekiranya kamu kufur, sesungguhnya azab-Ku amatlah keras” (Surah Ibrahim: 7).
- Sabar. Di dalam menghadapi cabaran hidup, kesabaran amat penting untuk membentuk peribadi unggul seperti yang dikehendaki Allah SWT. Firman Allah SWT: Terjemahan:
“Wahai orang-orang beriman, bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara kebajikan) dan kuatkanlah kesabaran kamu (lebih daripada kesabaran musuh di medan perjuangan) dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah, supaya kamu berjaya.” (Surah Al Imran: 200).
- Adil. Adil bermaksud meletakkan sesuatu pada tempatnya. Para ulama membahagikan adil kepada beberapa peringkat iaitu adil terhadap diri sendiri, orang bawahan, pemimpin atasan dan juga sesama saudara. Hakikat Ikhlas NiatIkhlas adalah inti setiap ibadah dan perbuatan. Terjemahan Firman Allah:
“Padahal mereka tidak diperintahkan melainkan supaya menyembah Allah dengan mengikhlaskan ibadat kepada- Nya” (Surah Al Bayyinah: 5).
Ikhlas akan menghasilkan kemenangan dan kejayaan. Masyarakat yang mengamalkan sifat ikhlas akan mencapai kebaikan dunia dan akhirat,bersih daripada sifat kerendahan dan mencapai perpaduan, persaudaraan, kedamaian dan kesejahteraan. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: "Bahagialah dengan limpahan kebaikan bagi orang-orang yang bila menghadiri (berada dalam kumpulan) tidak dikenali, tetapi apabila tidak hadir tidak pula kehilangan. Mereka itulah pelita hidayah. Tersisih daripada mereka segala fitnah dan angkara orang yang zalim." (Riwayat Imam al-Baihaqi daripada al-Thauban). Amalan ikhlas adalah seperti jasad yang mempunyai roh. Ia boleh memberikan faedah kepada jasad dan siempunya jasad. Begitu juga amalan yang ikhlas boleh dijadikan "tawasul" untuk Allah SWT menerima doa kita. Walaubagaimanapun ia tidak bermaksud Allah SWT berhajat kepadanya, ianya adalah asbab untuk menarik rahmat Allah SWT. Di dalam suatu hadis yang panjang yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Muslim daripada Abdullah bin Umar r.a bahawa beliau telah mendengar Rasulullah SAW bersabda maksudnya; “Terjadi pada suatu masa dahulu sebelum kamu, di mana tiga orang lelaki telah keluar di dalam suatu perjalanan sehingga terpaksa bermalam di sebuah gua. Tiba-tiba ketika mereka berada di dalam gua tersebut, jatuh sebuah batu besar dari atas bukit lalu menutupi pintu gua tersebut sehingga mereka tidak dapat keluar. Mereka pun berkata, Sesungguhnya tiada suatu apapun yang dapat menyelamatkan kita dari bahaya ini melainkan kita bertawasul kepada Allah SWT dengan amal-amal soleh yang kita pernah lakukan pada masa dahulu. Maka salah seorang dari mereka telah berdoa; Ya Allah! Dahulu aku mempunyai ibu dan bapa. Kebisaannya aku tidak memberi minuman susu pada seorang pun sebelum keduanya, baik kepada ahli keluarga ataupun hamba sebaya. Maka pada suatu hari aku pergi agak jauh untuk mengembala ternakan hingga aku tidak kembali kepada keduanya. Bila aku pulang ke rumah aku dapati mereka telah pun tidur dan aku agak keberatan untuk mengejutkan keduanya. Lantaran itu aku tidak memberikan minuman itu kepada sesiapapun sebelum kedua ibubapaku itu. Aku telah menunggu sehingga mereka bangun hinggalah terbit fajar keesokan harinya. Setelah mereka bangun aku pun memberikan minuman susu perahan itu kepada mereka. Padahal pada malam itu juga anak-anak aku sedang menagis dekat kakiku meminta susu tersebut. Ya Allah! Jika aku berbuat yang sedemikian mengharapkan keredhaanmu maka lapangkanlah keadaan kami ini. Maka batu itupun tergelonsor sedikit tetapi tidak cukup untuk mereka keluar dari gua tersebut. Lelaki yang kedua pula berdoa; Ya Allah! Dulu aku pernah jatuh cinta kepada anak gadis bapa saudara aku. Lantaran cinta yang amat sangat aku merayu padanya untuk melakukan zina dengannya tetapi ia selalu menolak hingga pada suatu hari ketika ia menderita kelaparan dan datang meminta bantuan dariku lalu aku berikan kepadanya 120 dinar dengan syarat dia mestilah menyerahkan tubuhnya kepadaku pada malam harinya. Kemudian hari itu apabila aku berada di antara kelengkangnya tiba-tiba dia berkata; Takutilah Allah, janganlah bukakan kecuali dengan cara yang halal. Akupun bingkas bangun daripadanya padahal saya tetap ghairah untuk menyetubuhinya. Aku tinggalkan dinar tersebut kepadanya. Ya Allah! Jika aku berbuat yang sedemikian itu semata-mata untuk menuntut keredhaanmu hindarkanlah kami dari kecelakaan ini. Maka batu itupun menyisih sedikit tetapi mereka belum juga dapat untuk keluar dari gua itu. Lelaki yang ketiga pula berdoa; Ya Allah! Aku dahulu seorang majikan yang mempunyai ramai buruh. Pada suatu hari ketika aku membayar upah mereka, seorang seorang dari mereka telah meninggalkan aku (sebelum sempat upahnya dibayar). Aku telah menggunakan upahnya untuk pelaburan di dalam perniagaan sehingga aku memperolehi kekayaan darinya. Setelah lama masa berlalu buruh itupun kembali meminta upahnya dahulu dan berkata; Ya Abdullah! Berikanlah kepadaku upahku. Aku menjawab: Semua kekayaan yang engkau lihat dari unta, lembu, kambing serta budak pengembala adalah upahmu. Beliau berkata kepadaku; Ya Abdullah! Kamu jangan mengejek aku. Aku menjawab; Aku tidak mengejekmu. Beliaupun mengambil kesemuanya tanpa meninggalkan satupun daripada binatang ternakan itu. Ya Allah Jika aku berbuat yang sedemikian itu hanya mengharapkan keredhaanmu maka hindarkanlah kami dari kesempitan ini. Tibatiba batu itu mengelonsor hingga membolehkan mereka keluar daripada gua tersebut”.
Hakikat Berjuang Di Jalan Allah SWT
Sesungguhnya kesemua para Sahabat r'hum mempunyai sifat dan kesungguhan di dalam pengorbanan untuk menegakkan kalimah Allah di muka bumi ini. Mereka telah bertebaran di seluruh pelusok dunia ini demi kerana itu. Pengorbanan harta kekayaan, anak-anak, diri sendiri dan sebagainya telah dikorbankan demi kerana perjuangan menegakkan kalimah Allah. Sesungguhnya pengorbanan yang dilakukan oleh para Sahabat ini amatlah besar sehinggakan mereka telah mendapat keredhaan Allah SWT. Pengorbanan yang sebegini hebat telah menyukakan Allah SWT sehingga seramai 10 orang sahabat telahpun dikhabarkan tempat mereka di syurga sedangkan mereka masih lagi hidup di dunia. Allah SWT telah berjanji di mana perbelanjaan yang diinfaqkan untuk perjuangan di jalan Allah, akan diganjari sehingga 700 kali ganda dan ianya akan bertambah mengikut kehendak Allah SWT sendiri yang Maha Pemurah. Ini sesuai dengan Sabda Nabi SAW yang bermaksud:
“Daripada Abu masud r.a katanya; Seorang lelaki telah datang menemui rasulullah saw dengan membawa seekor unta betina yang telah diberi kekang seraya berkata; Unta ini dibelanjakan di jalan Allah SWT. Rasulullah SAW pun bersabda; Kamu akan memperolehi sebagai ganjaran pada Hari Qiamat sama dengan 700 unta yang terikat (telah diberi kekang)” (Riwayat Muslim).
Untuk kita juga Allah mengkehendaki agar kita mengikuti jejak langkah ini demi menjadi manusia unggul seperti mereka. Pengorbanan untuk menegakkan agama Islam, baik mereka yang menyeru kepada amalan zahir mahupun batin hendaklah diberi sokongan dan turut serta menyumbangkan pengorbanan baik dari segi dirisendiri, harta dan masa. Allah SWT akan mengganjari akan mereka yang berjuang di jalan Allah SWT sehinggakan debu-debu yang melekat pada orang yang berjalan di jalan Allah akan diharamkan hatta asap api neraka sekalipun. Sebagai hamba, kita hendaklah selalu berdoa agar kita dipilih oleh Allah untuk menjadi mujahid di jalanNya dan mendapat hakikat berjuang di jalan Allah serta bersama-sama mengajak rakan-rakan, saudara mara dan seluruh kaum muslimin dan muslimat agar dapat bersamasama berkorban dan berjuang dijalan Allah SWT.
Kesan Manusia Beruntung Dalam Kehidupan
Seseorang manusia yang memiliki sifat-sifat unggul adalah sangat beruntung kerana ia mampu mengemudi hidupnya dengan sempurna. Kondisi ini membuatkan ia dapat berperanan dengan baik kepada dirinya, masyarakat dan alam sekeliling. Ia juga akan disenangi oleh semua makhluk di dunia ini sehinggakan semua makhluk akan berkhidmat membantu dirinya. Bukan itu sahaja bahkan Allah SWT yang Maha Perkasa, Maha Kaya, juga akan menyenanginya. Apakah lagi yang terlebih utama daripada mendapat rasa kasihan dan keredhaan Allah SWT. Jika ini berlaku maka keseluruhan hidup di dunia dan di alam akhirat, kampung kita, kita akan menjadi mudah dan berkat. Manusia unggul akan berjaya melaksanakan amanah dan tanggungjawab dengan sebaik-baiknya dan sentiasa dapat mematuhi tuntuhan-tuntuhan rohani dan jasmaninya dengan terkawal. Aspekaspek rohani dan jasmani manusia yang terdiri daripada empat perkara asas iaitu akal fikiran, roh, jasad dan syahwat akan dapat dididik dan dipandu berdasarkan fitrah sebenar berdasarkan fungsi kejadian manusia itu sendiri sebagai makhluk istimewa dan khalifah Allah yang diamanahkan untuk memakmurkan bumi ini.
Penutup
Demikianlah antara beberapa keperibadian bunggul bagi melahirkan insan yang unggul serta kesan kesan yang dapat dilahirkan oleh mereka dalam kehidupannya samaada kepada diri sendiri dan penghidupannya dan manusia di sekelilingnya hasil daripada amalan terhadap nilai-nilai yang unggul seperti yang telah dinyatakan.

your profile
Mommy Name:Nurakmaniza Jamil
Baby Name :Nur Azliza Mardhiah
Born:23 June 1991
Hometown: Sabah
Ambition: Art Management Manager
Study at : UNIMAS(Art Management)
10 Things You Should Know About Me:
*Cintakan Pink
*Ingin Mendapatkan Master Art Management (INSYAALLAH)
*Ingin menjadi seorang Ibu yang Tabah
*Meminati lagu-lagu Bruno Mars
*Meminati Running Man
*Meminati lakonan Beto Khusyairi
*Cintakan sesuatu yang Cute
*Gemar membaca buku
*Cintakan matapelajaran Geografi
*Pantang dikritik jika org yg m'kritik tu sendiri tak PERFECT
*PRINSIP : DON'T TRY TO JUDGE IF YOUR NOT PERFECT ...!
|
you are my bestfriend forever and ever
EYKA ?Aizul ?
Irine ?
vel oliver ?
MYA ?
Myra ?
Arimsah ?
Tisha
Farah Lee ?
nameer ?
Amirah ?
Shawal ?
SENJA ?
drshikin
SUEAKGOGEOUS
|