HOMIE ABOUT AFFIES
extra extra extra

“You're so convinced you'll disappoint people if you show them that you're not perfect. You don't realize you are perfect. Your imperfections are what make you perfect. They make you you. That's what people love. It's what I love too.”

my network


tagboard





its all about us


Previous post

*Panahan Cinta*
**Broken Angle**
**Kelebihan VCO**
**UR'E beautiful**
**CINTA TIKAR SAJADAH**
Ibu bapa usah terlalu manjakan anak
Malaysia kalah 1-0 kepada Kemboja dalam hujan lebat
Utusan Malaysia Online - Terkini
annyeonghaseyo ERUL
-Letihnya Bekerja-

advertisment


Title: Pemandu teksi mati dibunuh
written on Friday 10 June 2011 @ 20:15 ✈{ 0 comments }


10th June, 2011TAWAU: Seorang pemandu teksi mati dibunuh dengan keadaan pisau masih tertusuk di lehernya, dalam satu kejadian di tepi Jalan Sin On, berdekatan Kelab Golf Tawau, petang Rabu lalu.
Mangsa dikenali sebagai Mar- zuki Bade, 44, dan beliau ditemui mati di tempat duduk di dalam tek- sinya, dipercayai dibunuh oleh pe- numpangnya sendiri yang cuba menyamun beliau.
Pemangku Ketua Polis Tawau, Superintendan Keong Ho Eng berkata, kes berjaya diselesaikan oleh pihaknya dalam tempoh empat jam dengan tertangkapnya seorang lelaki warga Indonesia.
Menceritakan lebih lanjut, sia- satan polis mendapati mangsa dibunuh pada kira-kira jam 6.30 pe- tang, ketika beliau menghantar seo- rang lelaki ke kawasan itu yang di- ambilnya dari Jalan Damai, Tawau.
Katanya, suspek yang memba- wa tukul besi dipercayai cuba men- yamun mangsa bagi tujuan membayar hutang, namun mangsa me- lawan dengan sebilah pisau milik- nya, sebelum pergelutan berlaku.
Dalam pergelutan itu, suspek dipercayai telah memukul kepala mangsa beberapa kali dengan tukul yang dibawanya, sebelum merampas pisau yang digunakan mangsa lalu menikam mangsa di bahagian leher.
Menurut Keong, hasil maklu- mat orang awam, polis berjaya menahan suspek di sebuah rumah di kongsi kelab golf itu, yang dipercayai cuba menyembunyikan diri.
Penghuni rumah itu, katanya, ketika kejadian tidak berada di rumah mereka.
“Lelaki yang tidak mempunyai dokumen pengenalan diri ini kini kita tahan reman untuk disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya dalam sidang media di sini.
Berikutan itu, Keong menasihatkan para pemandu teksi di daerah ini supaya tidak mengambil pe- numpang yang mencurigakan dan tidak menghantar mereka ke kawasan yang sunyi dan gelap.
“Dan jika ada pemandu teksi yang melihat individu mencurigakan cuba menahan teksi mereka, jangan ambil sebaliknya laporkan kepada pihak polis di talian 089- 772121,” katanya.
Beliau juga menyarankan agar setiap barang-barang penumpang disimpan di bonet belakang kende- raan, jika ia dikhuatiri boleh menjadi senjata untuk mencederakan mereka.
Menyentuh perkembangan kes pembunuhan di Taman Semarak Tawau pada 31 Mei lepas pula, beliau memberitahu bahawa pihaknya kini sudah menahan dua suspek lelaki yang berusia 16 dan 27 tahun.
Kedua-dua suspek katanya ditangkap di luar sebuah rumah di taman perumahan terbabit, meski- pun suspek yang berusia 27 tahun cuba melawan ketika ingin ditahan.
Sebilah gunting katanya turut dirampas dari suspek terbabit.
Hadir sama ialah Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Daerah, DSPSaches @ Sasis ak Semob dan Pegawai Penyiasat Kes, ASP Ridzuan Khalid.



© 2012 Layout made by mintrose. Have a nice blogging day !